All is about me ~



A s s a l a m u a l a y k u m . . . W b t


Nickname : AbangCik a.k.a azizie
Date of birth : 14 ramadhan 1403H
Kelahiran : Segamat, Johor
Tempat tinggal :
Bandar Baru Bangi, SelangorFelda Palong, Negeri Sembilan.

Certificate : Diploma of Electronic Eng.
Ex-Student : Port Dickson Polytechnic
Major Course : Communication
Batch : june 2003 ~ 2006

Jobs : Machine programming (Technician)
Company : International Islamic University Malaysia
Since : March 2010 until now . . .

Hobby : Thinking . . . Internet surfing etc
Fav. art : Hijjaz; Quran recreation.
Fav. food : Halalan wa toiban foods
Fav. Drink : 'Sky juice water'..
Fav. Colour : Hijau.. putih with all colours !

Others info :

Founder of #Islam Channel at Mirc Webchat's Server
Nickname : Imam - AbangCik - azizie
Others channel : #ISLAM #MASJID

Webpage link :
Blogspot
Friendster
Myspace
La takhof wala takhzan... Innallahu ma'ana !

Family Background Intro I

Perkenalkan, inilah gambar kedua ibu bapa ana yg tercinta... tapi.. abah ana dh pun pergi meninggalkan kami ketika ana tamat tingkatan 5... isk isk isk... ana sangat³ merinduinya. Tinggallah ibu keseorangan mendidik anak³ dengan tabah & redha....
Ya Allah, tempatkanlah ayahanda ana dikalangan para³ solehin. ameen !
al-fatihah . . .


ni pulak kakak kesayangan ana, hehehe. Kakak yg sungguh memahami diri adik³... dah pun berumah tangga. Tapi, kalau akak tengok gambar ni, mesti ana kena ketuk.. hehe.

kenapa?? sebab ni gambar masa akak study kt UKM dulu. ala, kira ok la tu.. ade gak gambar walaupun dh berkurun gambar ni. HeheHe !!

ana adik beradik ada 9 org sekarang ni... 5 lelaki & 4 perempuan. boleh buat group bola sepak nih, semuanya sporting³.. tapi x dpt nk masukkan semua coz diorg ni pemalu kesemuanya....





Family Background Intro II

Adik bongsu ~ jersi no.09

hehehe.. nama dia 'idha', singkatan daripada Nurnasywa Idha. baru je berumur 7 tahun (2008). tapi perangai dh mcm kanak³ ribena 10 tahun. cerdik & kecik³ dah pandai baca Quran... abang³ + kakak³ yg lain x boleh challenge ngn kelajuan bacaannya ketika mereka semua sekecil dia... hehehe, best x???


oleh kerana adik yg paling jauh jaraknya, so.. manja giler. cita³ bila dh besar nanti nk jadik ustazah. alhamdulillah, semoga cita³nya akan kesampaian.

Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah budi pekertinya seindah budi pekerti pejuang sejati islam.. ameeen !

Journey to South of Korea I

Korean in memories !

Ahlan³ ila south of korea,
"The Land of the Morning Calm"
(17 march ~29 march 2007)


Catatan perjalananku... destinasi - korea selatan
erkk.. kami bukan naik kapat terbang yg hujung tu, tapi kami naik 'airbus 950', ala lebih kurang je mcm yg kt depan tu.. cuma kapal kami besar sikit (hehehe.. kapal kami?). Perjalanan yg memakan masa lebih kurang 8 ½ jam menyebabkan kami menghabiskan hampir kebanyakan masa dengan aktiviti 'tidur' jer. bukan sebab boring ke ape, hati ni bergelonjak suka.. tapi jadual perjalanan bermula kul 12.20am kt klia (gelap gelita kt luar) sampailah kul 8am (mcm kul 7am kt malaysia), so tidur aje la yg boleh dilakukan... ZzzzZZzz !

dalam jam 6.30am ana terjaga & inilah pengalaman pertama ana bersolat dalam kapal terbang, berbekalkan ilmu solat musafir + kompas kiblat. ana ambil wudhu dalam sinki kt tandas jer, terpaksa la memanjat³ sikit. nk tunaikan kewajipan, segalanya perlu diharungi dengan mujahadah. kemudian, dh sudah.. set kiblat pulak (alhamdulillah.. sekali lagi dipermudahkan urusan oleh Allah swt) .. tempat duduk sebelah ana kosong, so boleh la kalau nk pusing³kan badan sikit³. tetapkan kiblat & ana pun mulalah solat duduk... huhuhu, first time tu. dalam keadaan gegar³ kecil... akhirnya solat disempurnakan.

huhuhu.. yg ni sarapan pagi kami. yg bungkus cam mayat tu ape erk?? ape isik dia?? dah ler naik korean air... hishhh, x berani la nk bau apatah lagi nk sentuh lalu menyuapkan dengan nikmat kedalam mulut. hehehe, memang x selera nk makan. makan jer la buah tembikai potong + jagung (nampak dari segi zahir mcm boleh makan).. sekadar untuk mengisi perut jer. lepas ni ntah ape bentuk makanan yg kitorang akan jumpe agaknya..

lepas tu, sampai jer kt Buhsan airport. kami disambut oleh 'pak guard' pintu airport diorang (dah memang keje diorang duk depan pintu tu..) mengalu³kan kedatangan kami ..' Kamsa Hamnida' katanya sambil menunduk kecil. huhuhu, macam bagi salam la tapi tak berjabat tangan. lepas tu kami terus carik 'limousine bus' coz perjalanan perlu diteruskan untuk menuju ke Gimpo Airport. naik kapal terbang lagi, seharian kami menghabiskan masa dalam kapal terbang jer la. memakan masa lebih kurang 1 jam, akhirnya kami sampai di Changwon Airport dengan selamat... order teksi untuk gi Sun Sang Hotel. sampai hotel jer, terus siap³ untuk keluar berjalan. hehehehe, kitorang memang x sia³kan masa kt sana coz masa itu emas, ntah bila lagi nk jalan³.... 2 minggu jer, pejam celik dh abiss...ini la matawang korea, yg mane kalau nk kira... duit kite nampak mc kecik jer... senang kira kalau convert ke USD, mudah sikit coz USD1 dolar = RM3.60 = $1000 won so.. dalam poket kitorang waktu tu penuh ngn duit tebal³ ni la yg hampir mencecah $124, 000 won. memang banyak & pening kepala mana nk letak... hik hik hik. oleh kerana tak nak terbeban dengan poket yg penuh,kitorang x convert semua duit ke matawang korea tapi simpan hampir separuh dalam matawang USD. nipis sikit....

tempat pertama yg kitorang explore adalah kt mane nk dapatkan sumber makanan sambil melihat
³ kawasan sekitar kot terjumpe kengkawan lama ker. hehehe. tapi seperti yg dijangka, memang xde sape pun kt sini. tengok³ gak barangan keperluan kt sana boleh kata hampir kebanyakan harganya bermula $1000 won (so, RM3.60 la walaupun gula³). kalau nk cerita bab suasana kt sini, pagi³ buta lagi dh sibuk diorg mulakan kerja.. tapi kalau hari sabtu & ahad pagi³ memang lengang. coz hari jumaat bagi diorg adalah hari untuk bersuka ria sakan & sabtu adalah hari cuti.... tidor ajer la kejenye !cuaca pada malam tu lagi la sejuk dari siang, hampir 8° celcius. ape yg diberitahu kepada kami, sekarang ni dalam pertukaran musim luruh ke musim bunga. patut la xde salji, sikit³ ade la itu pun masa kitorang dalam perjalanan nk ke Changwon City. pokok³ waktu tu banyak x berdaun tapi mcm nk keluarkan putik³ bunga. musim bunga bakal tiba, kitorang x sempat la nampaknya.. (tapi dapat jugak la tengok diorg meriahkan kawasan bandar ngn hiasan bunga³ original, ade yg bunga³ degil mula mengembang mekar).. cantikk wooo.

belah malam pulak, memang meriah ngn lampu
³ warna warni. kalau tengok, hampir setiap malam diorg akan berkumpul kt kedai³ makan. bangunan tinggi³ & ada restaurant yg banyak. kira mcm 'ngeteh' la, siang dh penat bekerja. antara kepelikan sepanjang kami kt sana adalah, nk jumpe motorsikal memang payah. semua bergerak menggunakan kereta (sepanjang perjalanan kt highway.. sebiji motor pun xde termasuklah kt bandar). jalan diorg lagi la kacau bilau, jalan yg kecil tapi semua org nk lalu dikedua³ arah. tapi kerana sifat timbang rasa & sudah terbiasa.. xde masalah yg timbul. respect la diorg ni. kalau pandang atas, berselirat wayar³ di ikat sana sini.... wyring diorg x smart @ diorg memang saje buat mcm tu coz yg meriah malamnya & bukan siang..

Journey to South of Korea II

Sung San Hotel & Foods
hurm, bergambar kt depan Sung San Hotel, sehari caj sebanyak USD70. kalau ikut kira³, mcm duduk kt Hotel 5 bintang kt Malaysia jer. Tapi bila duk kt korea, terasa duit kite kecik.. walaupun kalau USD70, kami perlukan $70 000 won.. tapi duit kite tetap jugak kecik. barang³ yg harga singgit ktMalaysia kebanyakan harganya $1000 won (bersamaan USD1 = RM3.60). amacam, mahal x?? tapi disebabkan kami dibayar oleh Samsung, so... memang xde masalah kan. hehehehe. Gambar kt atas tu ngn sebilangan peserta training yg menyertai kami antaranya daripada Slovakia, Rusia & Thailand. jumpe kawan baru yg bahasanya mcm³ bunyi bila berborak sesama meraka...

nk tengok hotel dia macam mane?? ni ha, mcm kt bawah ni. setiap peserta diberikan sebiji bilik yg dilengkap ngn peralatan bilik yg rasanya dh kira cukup la untuk 2 minggu. Dapur jer xde, nk makan @ breakfast.. kena turun bawah (ade bilik sarapan mcm zaman cowboys tapi hari³ kami makan buah-buahan + kentang + roti). xpe, demi mematuhi islam sebagai agama yg suci murni, kami tetap dengan pendirian untuk makan semua tu... huhu, memang betul³ mencabar.

ni la bentuk dalam bilik hotel ana, kalau tidor + aircond.. confirm x bangun nih. dh kira ok la bilik mcm ni, dalam peti ais diorg... ade mcm³ air, termasuk la air haram tu (konon³nya utk panaskan badan) HARAM tetap HARAM.... setin air pun kami x ambil utk minum hatta air mineral sekali pun. hehehe coz kami dh mintak cerek letrik utk masak air. selagi boleh survive, selagi tu la kami akan berusaha dengan sebaik mungkin...

bab menyucikan diri pulak, tandas duduk.. uwaaaa, ana paling benci tandas org kafir ni. xde sunnah langsung ! abis, nk buat mcm mane... kalau dh x tahan tu, faham³ jer la. hehehe . dh³, xleh citer lelebih.. nnti ade yg ter****** pulak kang.

masa kitorang kt sana, 2 hari sekali.. kami akan dibawa keluar makan³. mcm biasa la menu dia, kalau x seafood.. mesti seafood jugak. gambar kt bawah ni, makanan tradisi org korea.. 'kimchi' yg dicampur jeruk merah³ mcm sambal.... + meehun ais (ade ke meehun yg dimakan tanpa perasa & dicampur ngn ais ketul³???) memang pelik betul diorg ni....

& lagi satu pengalaman yg kami xleh nk lupakan. makan sotong hidup³ !!! pergh, sedap giler walaupun tangan sotong tu melekat³ kt sudu garfu & kt dalam mulut. HEEeeeee, sedapnyaaa ! kalau nk tau, disebabkan makan sotong hidup ni la salah seorang peserta training dari Malaysia mengalami sakit³ tangan & badan.. gatal³ mcm alahan gitu. on the spot, trainer kami hantar dia gi farmasi & dapatkan rawatan segera.... sape berani nk makan lagi???

ni la binatang laut yg kami makan hidup³. pengalaman yg paling x dapat dilupakan.

satu lagi pengalaman ngeri kami apabila pada suatu hari, kami dibawa ke sebuah restaurant tradisi korea bertujuan untuk jalan³ cari makan. di situ, kami diorderkan dengan mee sambal + lauk³ seafod yg dicampur sekali. sebab memang x makan tengahari tadi kt training center (makanan dia tengahari tu memang haram³ belaka) kami pun makan dengan seleranya. nk dijadikan cerita korang nk tau tak kengkawan³ yg lain makan ape?? patut la diorg punya meja special skit dari meja kitorang, siap ade tempat bakar³ tuuu..

rupa³ nya.. diorg berpesta sakan maka binatang haram yg juga di kenali sebagai 'pork'. pergh, kitorang muslim kt sebelah diorg ni mcm nk muntah, menyirap & rasa macam nk marah jer kt diorg sebab tak menghormati sensitiviti kami yg tidak dibenarkan makan makan tuu. muka kengkawan semua dh merah padam bila bau daging yg diorg salai tu menusuk ke dalam hidung..... uwaaaaaaaa !!

Journey to South of Korea III

Hehehe.. ni posting lepas training dlm kelas,
lunch time tapi sejuk giler (9° celcius). nampak jer mcm rileks, tapi bibir kawan³ dh putih nk jadik biru sebab menahan sejuk. Kitorang sambut birthday salah seorang rakan dari Slovakia, sape ntah nama dia, dah luper. Seronok makan kek sambil bibir terketar³ kesejukan. HeHeHe. lepas jer makan, start balik training.. kul 4.30pm balik hotel...

gambar ni diambil lepas jer kitorang makan kt salah satu restaurant seafood kt tengah³ bandar changwoon. Oleh kerana kami bertiga ni islam (2 org dari kanan + sorang kt baris depan belah kiri), diorang menghormati kami dengan menghidangkan kepada kami masakan³ yg tidak melibatkan penyembelihan binatang. alhamdulillah, Allah swt permudahkan urusan kami disana. Thanks Allah swt.

Korea Dinosour Museum

Catatan perjalanan ke Muzium Dinosour Antarabangsa Korea . . .
Perjalanan yg memakan masa lebih kurang 1 ¼ jam dari hotel penginapan kami pada hari sabtu minggu pertama kami memulakan training mesin di Changwon City, Korea Selatan..

Terletak di Goseong dengan bayaran $3000 won, kami telah dibawa melihat³ sendiri kawasan sekitar Muzium Dinosour Goseong yg memang terkenal dengan tapak kaki sebenar dinosour pada batu³an.. memang banyak monumen dinosour kt situ. bukan setakat tapak kaki jer, muka, kepala, tangan, gigi semua ade kt situ. Dinosour ciptaan teknologi elektronik diorg memang canggih³ belaka. siap ngn bunyi³ + pergerakan³ bentuk badan.. pergh, memang best... tapi kami tetap jugak xboleh ditipu kerana ia cuma mitos & khayalan penulis semata³ ditambah dengan penemuan³ pelik mereka..

walau ape pun, alhamdulillah.. dapat gak pegi kt tempat bersejarah ni walaupun dalam cuaca gerimis³ sikit.. gambar tetap jugak diambil sebagai kenangan³ dimasa tua. hik hik hik, nk cerita kt anak cucu kalau berkesempatan.. insyaAllah. tapi memang macam tak caya bila datang situ, selalu tengok background laut yg canggih manggih dalam komputer jer, tapi kali ni kt depan mata tu. memang betul.. memang cantik sungguh keindahan pemandangan lautan anugerah Allah swt kt bumi korea ni. kalau x caya, gi la tengok sendiri.. memang x sia³ !seharian jugak la kitorang duk lepak kt sini melihat kecanggihan teknologi & pemikiran org³ korea ni nk memaksimakan pemikiran kami supaya mengatakan bahwa diorg memang power bab³ imaginasi ni. tapi kitorang tau, Allah swt tu lagi Maha Berkuasa atas segala³Nya.

huuehhh.. letih jalan kaki ni, pusing satu kawasan dia punyalah besar. nk tengok tapak kaki dinosour lagi...aaa lenguh kaki berjalan, tapi sebab seronok sangat.. x kesah la kaki sakit ke tak, yg pasti esok xde training. ntah kemana la lagi diorg nk bawak kitorang pegi lagi lepas ni...